Dalam konteks sistem pendidikan negara, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sebagai satu langkah yang efektif agar releven untuk keperluan semasa. Dalam membuat transformasi kurikulum, Alimuddin Mohd.Dom (2015) menyatakan bahawa KSSR dan KSSM digubal berdasarkan bentuk pernyataan standard yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran di mana DSKP digunakan dalam semua mata pelajaran.Kerangka kurikulum berdasarkan lima tunjang, iaitu Komunikasi, Fizikal dan Estetika, Penampilan Diri, STEM serta Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Secara amnya, kesediaan guru-guru menerima proses perubahan yang berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan dalam menjana tranformasi pendidikan dalam negara kita. Elemen baru yang diterapkan akan memberi penekanan terhadap kaedah pentaksiran dan reka bentuk kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif selain memberi peluang untuk murid terlibat dalam aktiviti sukan serta kokurikulum. Matlamat transformasi ini adalah untuk memastikan murid bersedia menghadapi cabaran hingga di peringkat global pada masa akan datang. Pada masa yang masa penambahbaikan dilakukan dan keharmonian kaum yang merupakan asas utama kepada pembentukan sistem pendidikan negara.
