Pages

Pengenalan




Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, peranan kurikulum ialah untuk membentuk pelajar yang mempunyai perkembangan yang menyeluruh, meliputi aspek instrumental dan intrinsik. Isi kandungan kurikulum diibaratkan sebagai 'tubuh' kepada sesuatu kurikulum kerana tanpa isi kandungan, kurikulum sesuatu subjek tidak  mungkin dapat diadakan. Justeru itu, Pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif dan perancang kurikulum perlulah memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Dalam konteks sistem pendidikan negara, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sebagai satu langkah yang efektif agar releven untuk keperluan semasa. Dalam membuat transformasi kurikulum, Alimuddin Mohd.Dom (2015) menyatakan bahawa KSSR dan KSSM digubal berdasarkan bentuk pernyataan standard yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran di mana DSKP digunakan dalam semua mata pelajaran.Kerangka kurikulum berdasarkan lima tunjang, iaitu Komunikasi, Fizikal dan Estetika, Penampilan Diri, STEM serta Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Secara amnya, kesediaan guru-guru menerima proses perubahan yang berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan dalam menjana tranformasi pendidikan dalam negara kita. Elemen baru yang diterapkan akan memberi penekanan terhadap kaedah pentaksiran dan reka bentuk kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif selain memberi peluang untuk murid terlibat dalam aktiviti sukan  serta kokurikulum. Matlamat transformasi ini adalah untuk memastikan murid bersedia menghadapi cabaran hingga di peringkat global pada masa akan datang. Pada masa yang masa penambahbaikan dilakukan dan keharmonian kaum yang merupakan asas utama kepada pembentukan sistem pendidikan negara.

Transformasi Kurikulum Standard (KSSR/KSSM)

 

Komponen dalam transformasi kurikulum standard





Proses Transformasi Kurikulum Kebangsaan Kepada Unit Pengajaran







Keberhasilan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bilik darjah ialah suatu persekitaran pembelajaran yang meliputi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Bilik darjah yang ada di sekolah-sekolah di Malaysia biasanya memuatkan sehingga 40 orang murid pada sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Mok Soon Sang (2004) mengatakan bahawa maksud pengurusan bilik darjah adalah salah satu keupayaan guru mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Pengurusan bilik darjah juga bolehlah dimaksudkan sebagai tindakan serta strategi guru untuk mengekalkan peraturan kelas, mewujudkan kelas yang kondusif, memastikan rutin kelas berjalan lancar, menghadapi tingkah laku murid serta dapat menarik perhatian murid kepada pembelajaran.

Justeru itu, menguruskan bilik darjah yang mempunyai bilangan murid yang ramai bukanlah satu tugasan yang mudah. Murid-murid yang belajar di dalam suatu bilik darjah terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat dan mempunyai pelbagai karenah. Guru yang gagal mengurus bilik darjah dengan baik tidak akan dapat menyampaikan pengetahuan dan menanamkan kemahiran yang diperlukan oleh murid. Oleh itu, keupayaan guru dalam keberhasilan menguruskan kurikulum bilik darjah akan memberikan kesan yang maksimum kepada murid untuk menguasai pelajaran mereka. 

Kepentingan Menyediakan Rancangan Pengajaran

 
APA ITU RANCANGAN PENGAJARAN?
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, disamping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, pelan tindakan yang perlu disediakan oleh guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi tahun akademik semasa adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. 
Biasanya Rancangan Pengajaran meliputi :-


Antara kepentingan menyediakan rancangan pengajaran adalah:-


Kepentingan

Penjelasan

Contoh

i. Gantian

Memberi panduan dan penerangan kepada guru ganti yang akan menggantikan kelas untuk meneruskan aktiviti pengajarannya.

Guru merujuk RPH

sebelum masuk

mengajar.

ii. Pemantauan

Memantau prestasi murid di dalam kelas terhadap penguasaan tentang perkara-perkara yang telah diajar.

Rekod prestasi mund sentiasa dicatat.

iii. Persediaan

Menjadikan guru sentiasa berada dalam keadaan bersedia sebelum memasuki kelas dengan menyusun atur aktiviti di dalam kelas.

Bersedia dengan ilmu dan persoalan dan murid.

iv. Ingatan

Menjadi peringatan kepada guru dalam meneruskan proses pembelajaran di kelas. Guru itu akan sentiasa berada di dalam fasa pembelajaran yang betul.

Tidak tersilap atau terlupa silibus semasa kelas.

v. Bahan

Guru dapat memilih, membina dan gunakan bahan bantu yang berkesan ke arah memandu pelajar memahami isi kandungan & mencapai objektif.

Video, Gambar, Latihan.

vi. Sistematik

Proses pengajaran tersusun mengikut perancangan, permulaan, pengembangan dan penutup.

Set Induksi sehingga Refleksi.

vii. Keyakinan

Meningkatkan keyakinan diri guru untuk sampaikan pengajaran yang tersusun secara berkesan.

Tidak teragak-agak semasa mengajar.

viii. Refleksi

Membolehkan guru mengesan kelemahan dan masalah yang berlaku dan segera membetulkan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Boleh membetulkan kesilapan murid.

ix. Menarik

Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat untuk memahami dan belajar.

Gallery Walk, Think Pair Share.

x. Kefahaman

Murid dapat memahami dan menguasai isi pembelajaran mengikut pemeringkatan objektif dan tajuk yang diajar guru.

Prestasi murid yang memberansangkan.

xi. Teratur

Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran dan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Pembelajaran menjadi tersusun dan releven.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

 


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


Siapakah yang akan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan?

Secara am, Ketua Panitia bersama semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut bekerjasama untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Melalui amalan ini ujian bulanan dan peperiksaan boleh ditentu dan diseragamkan. Tahap di mana mata pelajaran itu patut diajar, teknik dan sumber pengajaran boleh ditentukan dan dikongsi bersama.

 

RPT yang disediakan perlu mengambil kira aspek berikut:

  •   Masa yang diperuntukkan bagi satu waktu dalam seminggu.
  •  Isi kandungan yang perlu diselesaikan, kepentingannya dan jangka masa yang diperlukan.
  •  Urutan isi kandungan yang hendak diajar.
  •  Integrasi kesemua kemahiran
  •  Membuat keputusan tentang jumlah masa yang digunakan dengan baik bagi setiaptopik.
  •  Mengambil kira cuti umum dan cuti sekolah


      CONTOH RPT
   

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

 





Apakah itu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)?

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh,mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISASBIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut. Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan Guru Terlatih. Guru Pelatih menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai format yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.

 

Kepentingan RPH

  • Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
  • Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
  • Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
  • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
  • Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid.
  • Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  • Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
  • Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  • Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikansesuatu isi pelajaran.


Apakah elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian?

·         Kumpulan sasaran (Kelas)

·         Tarikh dan masa

·         Mata pelajaran

·         Tema & Tajuk

·         Bidang pembelajaran

·         Hasil pembelajaran: kognitif, psikomotor dan afektif

·         Konsep utama

·         Bahan, peralatan dan bahan sumber.

·         Stratigi/ aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

·         Penaksiran dan penilaian pembelajaran

Model Pembelajaran

 










About Us